weblog
mengantuk..buat minisite template
Hari ni aku cukup mengantuk.. semalam aku tidur lewat sebab buat kerja sikit. Sekarang ni aku tengah usahakan projek joint-venture dengan kawan aku saifuddin. Kami akan lancarkan template minisite dengan harga yang begitu kompetitif. Sekarang matlamat aku ialah untuk menambah balik akaun bank aku yang ibarat air ada pasang dan surutnya. Macam aku tulis dalam blog aku yang terdahulu, banyak wang telah aku belanjakan untuk program MBA aku termasuk kos makan dan penginapan. Nasib baik la wife aku sponsor untuk tiket. Terima kasih sayang... I love you..!
Oh ya, sakit di mulut si faiz alhamdulillah telah berkurang.. faizul pula masih lagi ada di bibirnya tapi sedikit sebanyak berkurang sudah.. sama dengan aku.. aku pun terkena jugak.. pun mau baik-baik jugak la.. sakit sikit saja.. beberapa perkara penting yang tersenarai dalam todo list aku telah aku buat. Cuma ada beberapa perkara yang perlu pertolongan abang adil. Dia masih cuti, jadi.. suka atau tidak... aku kena tunggu.. tungggguuuuuu....
p/s: aku akan uploadkan gambar-gambar ke web aku... tunggu ya..!
konvokesyen part 2
.:: 20hb November 2010 ::.
Semalam aku tidur lewat sikit.. sempat lagi menggosok jubah. Tapi memandangkan aku ni masih 'newbies' dalam bidang gosok menggosok ni, lama mana pun aku gosok tetap kusut juga. Rupa-rupanya kena guna air. Ceh! Nasib baik wife aku tolong gosokkan sekali lagi sebelum aku pergi ke konvo. Aku, daddy dan mummy bertolak dari hotel lebih kurang pukul 7 pagi. Mummy seperti biasa sudah bersiap lebih awal dari aku dan daddy. Kami menaiki teksi dan nasib baik tempat kami tinggal tu dekat saja dengan hotel. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 minit dan setiba saja aku di PWTC, ramai sudah graduan-graduan yang telah mengenakan jubah masing-masing. Aku fikirkan diantara kawan-kawan, aku yang paling awal rupanya mereka lebih awal dan sudah pun mengenakan jubah mereka. Aku pun endak lagi menunggu lama, terus saja aku pakai jubah aku tu. Lepas saja pakai jubah kami pun di panggil oleh pihak OUM untuk beratur. Memang ramai graduan masa tu dan semuanya post graduate.. Masters dan Phd student.
Waktu perarakan masuk tu, mata aku asyik liar mencari dimana orang tua aku. Kesian dengan wife aku, dia endak dapat masuk sebab tiada orang akan menjaga faiz dan faizul. Dalam hati aku berkata, pasti wife aku akan marah dengan perangai dorang dua beradik ni. Sambil menunggu perarakan masuk oleh para akademik dan senat, aku sempat memikirkan rancangan untuk masa depan. Terlalu banyak yang perlu aku buat... di mana saja rezeki Allah berikan, pasti ada tempiasnya untuk aku!! InsyaAllah.! Yang paling penting BERUSAHA..!! Lamunan ku terhenti tuk seketika.. announcer tu mengumumkan perarakan masuk para akademik disusuli oleh Chancellors dan Pro-Chancellors... Aku melihat topi oval beberapa ahli akademik termasuk Chancellors, lantas aku teringat kata-kata kawan aku, Onchi..(..dia layak aku gelar bapa sebab umurnya hanya 3 tahun muda daripada daddy, tapi memandangkan kami belajar di level yang sama, dia menyuruh aku memanggilnya Onchi... dan dia juga banyak memasukkan kata-kata rangsangan yang positif ke otak aku ni...) Our next target is that oval hat..! Memang mantap sungguh kata-kata itu..! Buat masa ni aku hold dulu, mungkin dalam setahun nanti aku pasti sambung Phd aku, insyaAllah. Sebabnya aku mau teruskan perancangan aku untuk membangunkan kebun daddy tu.. aku mau tanam sawit! (..ni pun Onchi juga yang bagi semangat..lagipun dia memang baaannnaayyaakk pengalaman dengan tanaman sawit ni... tokeh sawit la katakan..!)
Aku lihat barisan depan aku sudah dipanggil untuk beratur.. dan giliran kami pula. Kenapa ntah aku mau terkucil tatkala ni!!! Damn!!! aku tau ini pasti darah gemuruh aku sudah datang ni! aku tarik nafas panjang-panjang.. alhamdulillah.. lega sikit..! Dari segi teknologi, OUM memang aku puji.. aku endak sangka universiti ni up to date! Dorang menggunakan smartcard untuk mengesahkan para graduan yang hadir sekaligus mengumumkan nama para graduan dengan mengimbas smarcard tersebut.. cool!
….MOHAMED FAIRUDEEN BIN MOHAMED FAJEER... nama aku dipanggil. Dengan tenang aku naik ke pentas.. tunduk … ucap terima kasih... dan turun tangga... hehe.. selamat sudah aku.. dan kini MBA telah ku genggam.. PHD.. you are next..!!!
konvokesyen part 1
:: 17hb November 2010 ::
Dua hari lagi merupakan hari konvokesyen aku buat kali ke-2, setelah 2 tahun aku berhempas pulas dan endak kurang juga dengan kos pengajian yang endaklah begitu murah... berjaya juga aku habiskan MBA ku. Ini semua berkat dorongan isteri serta keluarga tercinta.
Oh ya, sebelum aku berleter panjang, baik aku ceritakan dulu hari-hari ku yang lepas.
Kami (aku, isteri dan anak-anak serta kedua orang tua aku) sampai di Kuala Lumpur pada 17hb, sama tarikh Hari Raya Aidil Adha. Kami sampai di KL dalam sekitar 9:45pm. Sampai di KLIA, kami menaiki van untuk ke hotel sebab kalau naik teksi biasa, terpaksa menggunakan 2 teksi.. susah lagi, jadi baik ambil yang besar dan semua boleh masuk. Endak payah lagi nanti tercari-cari.
Sampai di Hotel Garden City, first impression aku rasa ok la... (terpaksa bertukar hotel sebab hotel kegemaran kami iaitu Hotel Noble, fully book..!) Bila sampai di bilik, alamak.... punyalah berpasir.. rasanya macam dorang endak vacuum ni...! Aku sungguh rasa endak selesa.. tapi oleh kerana penat dan mengantuk, aku layan sajalah.. Sekali tu bila bangun pagi (selepas mandi) aku rasa pening yang amat sangat... macam mau pecah kepala otak aku ni... ! Aku endak pasti sama ada semalam aku makan daging banyak sangat atau pun sebab aku tidur di tilam yang lembut..tersangat lembut sampai rasa macam guna tilam air pulak..! Jadi, aku pun bagitau isteri aku tentang niat mau tukar hotel.. isteri aku call talian kecemasan.. mak mertua aku..! Dan dengan bantuan beliau, dia telah pun membuat tempahan di hotel yang berdekatan. Aku memaklumkan perkara ini kepada kedua orang tua ku.. mereka on saja.. mana-mana pun boleh.. tapi semakin aku berada lama di tempat orang tua ku.. semakin selesa aku rasa.. rupanya bilik mereka jauh lebih selesa dari bilik kami... arrghh..! ini mesti kes pekerja kurang rajin ni, separuh bilik bersih, separuh bilik kuraaaaaang bersih. Hal ini mesti di bawa ke muka pengadilan..!!!
Jadi aku dengan pening kepala ku ditemankan oleh isteri, turun ke kaunter receptionist. (itupun setelah membuat 'risikan' di hotel yang telah ditempah oleh mak mertua ku.. dan kami dapati, bilik dihotel tersebut lebih kurang sama saja dengan bilik kami yang sedia ada ni...) Kami membuat aduan dan nasib baik, pekerja hotel tersebut memberi bantuan sewajarnya. Dia mengizinkan kami utk melihat bilik-bilik yang sedia ada di hotel ni sebelum kami membuat pertukaran bilik. Ternyata cara ini lebih berkesan sebab aku dapati bilik family di hotel ni jauh lebih selesa berbanding bilik kami yang asal. Jadi aku pun memaklumkan kepada isteri aku yang aku rela menambah RM 80 sebagai harga 'keselesaan' berbanding berpindah ke hotel lain, tedious job...!
:: 18hb November 2010 ::
Tiada perbezaan dengan hari kelmarin, more on fighting to get better, nicer, cuter and low price tudung dan kain. Dan semua ini berjaya dilakukan oleh gandingan mantap isteri dan mummy aku..! Aku lebih banyak memerhatikan kenakalan anak-anak aku yang selalu saja membuat aku naik angin, endak kurang juga angin isteri aku.. dorang ni memang sukar untuk di kawal, lebih-lebih lagi kalau sudah nampak mainan serta baju cartoon network.. (masa aku menulis ni, si faizul telah terjaga dari lenannya dan ini telah membuatkan aku mengaktifkan mode 'Suara Gaban' sesuai untuk aku berteriak untuk mengelakkan dorang bersikap nakal..!) Cuma satu saja yang aku kesian, si abang (faiz), mulut dia terkena jangkitan dari kawannya di sekolah. Menurut doktor, dia terkena penyakit mulut, kaki dan tangan tapi nasib baik hanya mulut sahaja. Tapi itu pun cukup membuat aku sengsara melihat dia yang memang suka makan endak mempunya selera gara-gara mulut dia yang terkena jangkitan seperti ulser, tapi alhamdulillah.. dia beransur pulih.. dan aku pula yang terkena jangkitannya. Itulah doa aku, biarlah aku yang kena jangan anak-anak aku... dan aku harap si adik (faizul) endak la terkena jangkitan itu.. kesian, sudah la kurus.. nanti bertambah cikeding la dia..!
:: 19hb November 2010 ::
Hari ini aku bangun seawal yang boleh.. aku kena ambik jubah untuk hari konvokesyen ku. Mulanya macam liat juga aku bangun dari tilam setelah tidak mendapat lena yang cukup pada hari sebelumnya. Aku masih kurang pasti tentang arah jalan untuk ke OUM Kuala Lumpur. Semalam aku telah menghubungi rakan aku dan kami telah berjanji untuk berjumpa di sana. Setibanya aku disana, aku lihat ramai sudah manusia mengerumuni tempat itu. Yang pelik ada juga yang telah sibuk bergambar walaupun belum selesai upacara konvo..! aku betul-betul hairan..!! Selesai saja mengambil jubah, aku dan rakan aku menuju ke SOGO... kami lepak sambil minum teh tarik.. aku lebih banyak bertanya tentang cara-cara untuk memulakan perusahaan kelapa sawit. Aku ingin memajukan kebun ayah aku daripada orang lain yang mengaut keuntungan. Sehingga hari ini, orang yang menyewa di kebun ayah aku tidak pernah membayar sewa sejak sekian lama. Sudah masanya dia 'dipersilakan keluar'..!!!!!
Kalau aku ceritakan tentang kenakalan anak aku ni.. hari-hari pun ada saja kes dorang ni. Tapi apa jugak yang aku boleh buat selain daripada menasihatkan dorang supaya jangan nakal-nakal. Budak-budak tetap budak-budak. Ada saja cara dorang untuk membuat kita menjadi marah... sabarrrr sajalaaaahhh....!

..nakal macam mana pun, babah dan mama sangat sayangkan kamu..
website sudah aku publish..!
Aku rasa cukup lama sudah aku 'peram' website aku ni. Begitulah aku, yang sentiasa sibuk dengan aktiviti harian dan kelas aku di Kota Kinabalu. Cukup dasyat juga aku memaksa diri ini untuk bina semula website ni. Fffuuhh..! Berjaya juga akhirnya, syabas!
Tentu ramai yang tertanya (...macam la ramai puuunnn :) ) apa perkembangan terkini tentang aku. Selain daripada kelas MBA aku yang telah tamat (konvo 20hb nov 2010 ni) , aku juga telah berjaya membuat beberapa perkara drastik. Pertama, aku jual kedua-dua motorsikal aku sebab aku rasa, aku mau off sekejap selagi anak-anak aku ni belum besar. Jadi daripada motorsikal tu jadi besi buruk, baik aku jual.
Kedua, macam aku cakap di atas tu, alhamdulillah aku berjaya juga menamatkan pengajian. Memang pada mulanya aku fikirkan MBA ni senang, alah.. bisnes punya cerita la katakan. TERNYATA aku silap..!! Ia lebih rumit daripada makan maggie..!! Sungguh..! Banyak perkara yang perlu aku telaah, sesuai dengan perkataan MASTER.. So, bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat MBA, please..don't take it for granted..you'll be sorry.. trust me!
Untuk post permulaan, aku rasa ok la ni ya... aku akan tambah lagi secukup rasa pada masa akan datang. Sebelum terlupa, aku juga ada provide service untuk buat cover webpage. Nanti aku akan buat satu page khusus untuk itu.
OK.. jumpa lagi.
